Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ..
Panjang salamnya kali ini . Disebabkan hampir berbulan tak di updatekan cerita .
Banyak sangat benda nak dicerita sampaikan jadi malas . Entri kali ini memang panjang sampai nak termuntah . Sediakan mangkuk atau tadah tangan pun lebih afdhal .
4 hari 3 malam . Aku sekeluarga pergi lari jauh dari kota yang sibuk , Kuala Lumpur .
Hajat dihati ingin berehat seketika . (Maklumlah...aku sekarang tengah cuti semester) Kat rumah tak rehat ?
rehat ... tapi terperuk kat dalam rumah tak keluar2 sampai biru telinga tak kena cahaya matahari dan oksigen . kiki
Kami terbang ke Korea . eh ?
Apa kena mengena korea dengan Masjidil Haram ni ? Maaf . Tertukar channel .
Kami ke Kuala Terengganu , tempat kelahiran mama tersayang a.k.a boyfriend paling setia aku . heheh
sedikit cebisan gambar dari KT .
Bermulanya hari pertama , Kami berlepas naik ke angkasa dari LCCT jam 600pagi . yes . PAGI . sebelum subuh . Paling best bertolak pagi ni dapat tengok matahari naik . Macam gambar bawah ni ... haa
Seriously ada satu part dimana aku terpegun terkesima tergoda terpaku ( dan terkentut ,eh eh )tengok bumi Allah ni bila mana sewaktu kapal terbang lalu dalam satu kawasan awan awan yang berkepul macam gula-gula kapas . Cantik . Subhanallah . Sampaikan aku terlupa nak ambil gambar .
Turunnya dari kapal terbang , terus bergerak menaiki teksi , bersarapan di kawasan sekitar hotel penginapan kami .
Sambil menunggu waktu untuk check in bilik , kami sempat berjoget-joget . eh eh . berjalan-jalan mengambil angin di kawasan sekitar Water Front .
Okay . ini dia "family room" . Terima Kasih Hotel Seri Malaysia .
Selepas golek-golek atas katil dan rehatkan kaki kepenatan , sebelah petangnya kami berjoget-joget lagi . eh ? berjalan-jalan lagi ke kawasan kampung cina . oh yes . sangat heritage sangat you... banyak cerita yang mama i bebelkan . eh..bukan bebel.. dendangkan cerita2 klasik i waktu mama belum bersekolah lagi ...memang tempat kawasan perumahan dan taman permainan dia lah dipendekkan cerita .
di satu lorong di Kg.Cina . oh jangan takut jangan risau , tiada rusuhan ataupun perang gas di situ . saja aku edit untuk tutup wajah jelita aku seiras rozita che wan itu . pui pui
Terengganu memang sah-sah lah tepi laut . Angin bayu laut sangatlah tenang , ketiak pun tak basah . sebab kat situ selalu berangin walaupun matahari panas terik memancor mancor .
Pada hari kedua . dengan wajah yang segar dan bertenaga selepas bersarapan yang enak-enak di hotel . Sambil menunggu teksi , sempat berposing di lobby .
Teksi bergerak laju menuju ke Taman Tamadun Islam . Lebih 20 replika masjid seluruh negara boleh tengok kat sini . Daebak !
Masjid di Singapura .
Masjid di Indonesia
Masjid Aqsa . haum . Cantik sangat .
masjid di Iraq .
Taj Mahal dari jauh ... Kuch Kuch Hotak Hey .
Pertama kali dapat tengok Masjidil Haram . Rasa macam betul-betul ada dekat masjid tu . Harap-harap dapat jejak kaki ke Tanah Suci . Nak bawok mama , nak bawak shahran , nak bawok laki . eh ? eh berjoget pulak . ahaksss ( gelak gedik sambil berlari kuch kuch hotak hey )
fuh . Kaabah kosong !! tak pernah nampak . hihi :p Maha Suci Allah keliling Kaabah tak akan pernah kosong . Islam itu universal . untuk semua . tak kira bangsa dan warna kulit . Melihatkan umat Islam tawaf keliling Kaabah sama macam bintang-bintang bulan dan planet mengelilingi matahari .
Dan seterusnya kami ke Masjid Kristal . Ini bukan replika . Ini betul-betul . hehe . bersebelahan Taman Tamadun Islam dengan berjalan kaki walaupun matahari tegak atas kepala . Angin bayu laut membuatkan ketiak kekal kering .(suka betul aku dengan topik ketiak ya ) haha
Sempat singgah sebentar ke Muzium yang paling terbesar di Asia Tenggara . Phewittt memang besar gila . kalah muzium negara kat KL tu .
Singgah ke Hentian Bas KT . Makan tengah hari . Jumpa Puss in Boot ni . Comel gila muka takut-takut tapi nak makanan .
Hari Ketiga ... selepas bersarapan kami berjalan terus menuju ke bazaar warisan dan pengkalan bot ke Seberang Takir . Apa lagi kalau bukan nak kepok lekong . hihi . 100% isi ikan . lembut . bukan macam keropok lekor kat KL . penuh tepung . ikan sikit . bila gigit keras berjegang .
go mokcik ! go mokcik ! . gelek lagi gelek itu kepok lekor . kasi lempar masuk air panas . ghebuh ghebuh .
ada style lah pakcik ni , proses uli isi ikan dalam mesin penggelek . sebelum digelek2 oleh para mokcik mokcik .
Singgah ke Pasar Payang , beli gudap gudap nak bawak balik KL . Gula sarang burung , sagu , kacang tumbuk , asam jawa , biskut sagu semua yang tak kan dapat kat KL kitorang kaut .
warna warni nak menunjukkan pelbagai jenis makanan mokcik ni jual . Nak beli telur penyu tak kesampaian bila 5biji sahaja mencecah rm25 . uik . terkentut kentut ambo . Cancel . baru nak mencuba macam mana rasa telur penyu .
Petangnya kami balik ke hotel menaiki beca . Yes pokcik , pilu dengar pokcik ni kata sejak petang kami pelanggan yang pertama dia dapat . kawan-kawan sebeca yang lain dah dapat banyak pelanggan . Dua orang naik dicasnya hanya RM5 ? alala murah sangat . Pokcik kata orang terengganu dah maju , tak pakai beca , semua pakai kereta. yang naik beca pun pelancong je . uhuk uhuk * i feel you pokcik .
kayuh perlahan2 . bila tersangkut2 dek kerana sifat fizikalnya , pokcik makin gigih juga mengayuh sampai berdiri2 pokcik pijak pedal . alala
Jadi itu sahaja lah cerita sepanjang 4hari berada di Kuala Terengganu . Memang seronok . bercuti betul-betul bercuti :) Sekian , Wassalam .































10 comments:
love your post. admire all your photos :)
gambar cantik2 :)
btw, mujur ketiak aku kering waktu
bace entri ni.. ekekek :P
thanks so much farah <3
hahaha .baguslah gitu meisnani . menunjukkan blog ni sentiasa berangin . kiki
cantiknye gambar² tu.. :)
hehe. cantik gambar-2 dye. :)
Semamalm punya semalam baru balik dari terengganu. Ada jugak pergi Taman Tamadun Islam dgn masjid kristal. Gambar cantik gila ! >.<
Eh, sama jugaklah makcik yang dkt pasar Payang tu masa Fiqah singgah pasar tu. Ibu beli telur penyu kat makcik tu 20 hengget je. Hahah :3
adore sgt akk punye photo ! awesome !
one word. CANTIKKKKKKK :D
sukanya tgok gambar2 kat sini sampai kita pun terasa nak ke sana jugak
Post a Comment